PENGENALAN Program transformasi 15to5 adalah proses transformasi menerusi kematangan

PENGENALAN

Program transformasi 15to5
adalah proses transformasi menerusi kematangan yang dimiliki oleh warga TLDM
dan perolehan aset TLDM sejak dahulu hingga kini. Transformasi TLDM ini dapat
diukur melalui perubahan aset TLDM kerana sejarah kita bermula dengan
menggunakan aset terpakai daripada perang dunia kedua lagi namun perubahan masa
yang dilalui sejajar dengan perkembangan teknologi semasa membuatkan kita kini
mampu memiliki kapal selam. Selain itu juga, kematangan yang dilalui oleh warga
TLDM dahulu perlu dicontohi dan dijadikan sebagai bench mark oleh generasi kini dalam membangunkan TLDM sejajar
dengan hasrat TLDM untuk mencapai ke arah transformasi yang telah diilham oleh
pucuk pimpinan tertinggi TLDM.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Program transformasi 15to5
ini merupakan satu tindakan berani TLDM dalam mencapai status kesiapsiagaan
yang tinggi walaupun berdepan dengan ekonomi tidak stabil dan tidak menentu
sekarang ini. Transformasi 15to5 adalah satu potential threat kepada
negara serantau. Pengurangan 15 jenis kelas kepada 5 jenis kelas skuadron kapal
yang akan diperkenalkan tidak lama lagi adalah satu pendekatan inovatif yang
realistik, moden dan menyokong polisi pertahanan Negara. Antara 5 jenis kelas skuadron
kapal yang dimaksudkan adalah jenis Littoral
Combat Ship (LMS), Littoral Mission
Ship (LMS), Patrol Vessel (PV), Multi Role Support Ship (MRSS) dan Submarine. Namun TLDM tidak seharusnya
berhenti setakat 5 jenis kelas skuadron kapal sahaja sebaliknya ia perlu dikaji
dan ditambah dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa, teknologi dan
ancaman serantau.

Dalam mengharungi sebarang
bentuk ancaman yang tidak mengenal sempadan, TLDM perlulah sentiasa memberi
keutamaan kepada perolehan aset dan kepakaran sumber manusia. Kedua-dua aspek
ini perlu melalui proses transformasi dan dibangunkan secara serentak untuk
menghadapi transformasi 15to5. Disamping itu juga, warga TLDM juga perlu mentransformasi
dari segi pembelajaran, berilmu dan memiliki kepakaran sesuai dengan teknologi
terkini dan sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang keadaan
kritikal, tanpa ilmu pengetahuan yang tinggi dan berkepakaran, warga TLDM akan
ketinggalan zaman dan tidak mampu mengoperasikan sebarang aset yang canggih
walaupun TLDM dilengkapi dengan teknologi yang canggih

 

CABARAN

Secara keseluruhnya aset
TLDM hampir menjangkau usia lebih daripada 30 tahun perkhidmatannya ataupun 80
peratus aset kita akan berdepan dengan pelbagai jenis kerosakan. Kos
senggaaraan yang tinggi pula diperlukan sekiranya kapal mengalami kerosakan dan
untuk rekod hampir keseluruhannya kapal yang telah selesai menjalani rutin refit
dan seterusnya belayar untuk ujian penerimaan di laut. Jangka hayat kapal juga
untuk beroperasi lebih lama daripada sepatutnya tidak kesampaian dan tidak
berbaloi dengan kos yang tinggi dikeluarkan. Kini sudah tiba masanya TLDM mengantikan
aset- aset yang telah berusia dan perlu digantikan dengan aset yang lebih
canggih serta mampu bersaing dengan negara serantau dalam usaha mentransformasi
TLDM secara menyeluruh.

Peningkatan kos pengurusan
logistik juga akan meningkat sebanyak 15 peratus sekiranya pelan transformasi
ini akan dilaksanakan tidak lama lagi. Pengurusan logistik adalah satu
pengurusan yang penting dimana hampir keseluruhan peralatan alat ganti kapal tempatan
akan digunakan sepenuhnya untuk menampung kos baikpulih yang mana sebelum ini
hampir keseluruhan alat ganti kapal diimport dari luar negara. Mengikut rekod
dan sejarah hampir 60 peratus aset TLDM adalah buatan luar negara dimana
sebanyak 13 syarikat pembuat kapal dari 7 negara digunakan untuk membina dan membaikpulih
kapal. Disamping itu juga peralatan alat ganti kapal terpaksa diimport dari luar
Negara. Dari segi tempoh untuk mendapatkan alat ganti memerlukan masa yang lama
berbanding dengan alat ganti tempatan. Kos yang tinggi juga terpaksa ditanggung
oleh kerajaan untuk menampung kos pembelian kapal baru sekiranya dibina diluar
negara. Dengan transformasi ini, negara tidak akan lagi bergantung harap dengan
negara pengeluar lain untuk membina kapal dan mengimport alat ganti serta
mendapatkan tenaga pakar luar negara untuk membaikpulih kapal yang rosak.
Sebaliknya negara akan menggunakan sepenuhnya tenaga kerja pakar tempatan dan penjimatan
kos bagi alat ganti. Disamping itu juga, dapat memberi peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat untuk sama-sama bekerja dan berganding bahu bagi
merealisasikan pelan transformasi dan meningkatkan industri pertahanan negara.

Senggaraan kapal akan dilaksanakan
mengikut jadual yang telah dikeluarkan bagi mengelakkan tarikh siap tidak
mengikut jadual dan akan menjalani proses ujian penerimaan dilaut akan dikaji
secara terperinci bagi menggelakan kerosakan yang sama berulang. Dari segi
latihan pula akan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
mengikut panduan teori dan praktikal sistem kapal yang digunakan sebagai contoh
sistem persenjataan yang memerlukan tenaga kerja yang terlatih agar setiap kali
latihan penembakan berjaya dilaksanakan yang mana sebelum ini kita bergantung
harap dari pakar luar negara setiap kali latihan penembakan dilakukan. Dengan
transformasi ini, kita tidak perlu lagi mendapatkan perkhidmatan dari luar
negara sebaliknya kita akan menggunakan sepenuhnya tenaga pakar tempatan yang
jauh lebih murah penjimatan kos berbanding dengan pakar luar negara disamping
pengurusan peruntukan dan logistik yang berkesan.

Dari segi organisasi dan
pengurusan sumber manusia juga perlu dibuat transformasi. Transformasi organisasi
dan pengurusan sumber manusia baik pegawai mahupun LLP perlu diubah mengikut
kesesuaian perjawatan di kapal ataupun di pangkalan. Sebagai contoh perjawatan
di kapal hendaklah diisi sepenuhnya mengikut perjawatan yang telah diluluskan
oleh organisasi, ini adalah untuk mengelakkan kekurangan anggota yang terlatih
di kapal dan menyebabkan tahap kesiapsiagaan kapal akan terjejas dan boleh
dikategorikan bawah taraf sekiranya kapal menjalani Audit Kesiagaan. Bagi
perjawatan pegawai muda TLDM dan LLP di pangkalan pula, organisasi perlu
mengurangkan perjawatan pegawai memandangkan para pegawai muda TLDM akan
ditugaskan di kapal – kapal yang memerlukan khidmat mereka sebagai pegawai
operasi. Bahkan juga, mereka perlu mendapat pengalaman kerja yang lebih banyak
di kapal Untuk perjawatan pegawai muda di pangkalan sebelum ini sebaliknya
hendaklah perlu diberi peluang untuk melaksana tugas yang lebih dengan menjawat
jawatan yang diisi oleh pegawai muda TLDM sebagai contoh pegawai tadbir,
pegawai kenderaan, pegawai sukan dan pegawai staf 3 atau mana-mana perjawatan
yang difikirkan sesuai. Dengan ini secara tidak langsung boleh menyediakan
pegawai muda TLDM  untuk lebih terlibat
dengan pelaksanaan operasi dan meningkatkan kemahiran di kapaL – kapal TLDM
bagi menyokong dan merealisasikan cetusan idea Panglima Tentera Laut ke arah
angkatan laut yang seimbang dan kredibel dalam pelaksanaan 15to5.

Dari segi pengurangan bajet
pula dalam pelaksanaan 15to5, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak 30 peratus
berbanding sebelum ini kerajaan terpaksa berbelanja berjuta – juta ringgit bagi
membina kapal di luar negara dan juga perkhidmatan sewaan luar seperti
perkhidmatan sewaan bot tunda dan sewaan kapal hidrografi bagi tujuan mengukur
perairan malaysia. Dengan pengurangan bajet ini kerajaan boleh membelanjakan bajet
ke arah lain disamping meningkatkan keberhasilan negara (NKRA) tercapai. Dengan
pelan transformasi 15to5 ini, negara akan mendapatkan langkah penjimatan yang
tinggi disamping negara akan mencapai negara pendapatan yang tinggi menjelang
2020.

 

IMPAK

            Antara
kesan yang ketara melaksanakan program transformasi 15to5 adalah kos operasi
meningkat sebanyak 15 peratus. Kos operasi yang dimaksudkan ini adalah rancangan
operasi merupakan perancangan dalam menghasilkan perkhidmatan yang dirancang. Justifikasi
proses operasi adalah sesuatu perkhidmatan merangkumi perkara seperti berikut iaitu
carta aliran proses operasi, keperluan kos dan pembekal, keperluan aset, susun
atur ruang operasi dan perbelanjaan operasi yang diperlukan.

            Dari
segi keupayaan misi kombat pula berkurang sebanyak 30 peratus berbanding
sebelum ini dimana keupayaan kombat kita boleh diaturgerak mengikut kesesuaian
operasi yang telah diarahkan. Dengan program transformasi 15to5 ini keupayaan
misi kombat kita terhad kepada sesuatu satu jenis tugas sahaja mengikut kelas
kapal yang diperolehkan mengikut plan kitaran yang diluluskan oleh kerajaan.

            Selain
itu juga kesan yang ketara program transformasi 15to5 ini adalah penggantian aset
– aset TLDM yang lama ke aset yang lebih canggih dan mampu berdaya saing dengan
negara – negara serantau. Pengurangan aset TLDM daripada 15 kelas kapal kepada
5 kelas kapal adalah satu perubahan yang berani yang terpaksa dibuat oleh pucuk
pimpinan tertinggi TLDM dalam memastikan TLDM gah dipersada dunia dan sentiasa
tidak ketinggalan zaman dari segi teknologi dan juga kemahiran sumber manusia
yang terlatih serta mampu berdaya saing dengan negara serantau yang mana
sebelum ini negara kita terkenal dengan kecanggihan kapal dengan teknologi yang
canggih tetapi hari ini negara kita jauh ketinggalan kebelakang dengan negara
serantau akibat kemelesetan ekonomi negara.

            Impak
hasil dari program transformasi 15to5 seterusnya adalah masalah keusangan aset
– aset TLDM kita dapat dikurangkan sebanyak 80 peratus     yang mana sebelum ini pengoperasian aset kita terhad akibat
keusangan dan kerosakan. Kos baik pulih yang tinggi sehingga mengambil masa
yang lama di limbungan untuk membaiki dan juga tempahan alat ganti terpaksa
diimport dari luar negara menyebabkan senggaraan lambat dan tidak mengikut
jadual yang ditetapkan seterusnya pengoperasian kapal terhad dan memerlukan
tempoh operasi yang lama di laut. Dengan pelan transformasi ini dapat
meningkatkan mutu kerja dan kemahiran setiap navy people dengan kea rah menjadi angkatan laut yang kredibel dan
versatile.

 

 

 

 

KESAN
TRANSFORMASI/PENYELESAIAN   

      

            Kesan
ataupun penyelesaian daripada program transformasi 15to5 ini, negara akan
mendapatkan lebih penjimatan daripada pengurangan kos operasi sebanyak 30
peratus dengan penjimatan efisiensi sebanyak 15 peratus. Ini sedikit sebanyak
membantu kerajaan dalam pengurangan bajet tahunan yang telah diluluskan.

            Penyelesaian
daripada program transformasi ini juga masalah keusangan aset TLDM dapat
dikurangkan sebanyak 80 peratus dan seterusnya pelan pengurusan sumber manusia
yang fleksibel dan tangkas dalam menjana serta menggerakkan keupayaan aset TLDM
di masa depan.

            Kredibiliti
dan keseimbangan aset terhasil daripada program transformasi ini yang mana
bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan aset yang sama sebelum transformasi
15to5 dilaksanakan nanti. Kredibiliti terhadap program transformasi 15to5
terhadap aset kita harus diberi perhatian oleh semua lapisan masyarakat dan
semua pihak harus bekerjasama antara satu sama lain dalam memastikan program
transformasi 15to5 ini berjalan mengikut penstrukturan semula jadual pelan
kitaran yang telah ditetapkan

            Penyelesaian
daripada program transformasi 15to5 ini juga, semua jenis kapal akan dibina di
dalam negara dan segala kelengkapan alat ganti tak perlu lagi diimport dari
luar negara, sebaliknya negara kita sendiri yang membina, menyelenggara dan
mengeluarkan alat ganti. Kalau ikutkan perancangan sebanyak 80 peratus aset –
aset TLDM adalah buatan malaysia berbanding sebelum ini kerajaan terpaksa mengeluarkan
peruntukan yang besar bagi membina kapal di luar negara dan menghantar tenaga
kerja untuk belajar dan berkursus bertahun tahun di luar negara bagi
mendapatkan ilmu bagi membina kapal dan penyelenggaraan kapal. Dengan program
transformasi 15to5 ini TLDM dapat merangka rancangan mampu laksana mengikut
plan kitaran, kos operasi yang jauh lebih rendah berbanding sebelum ini dan
mendapatkan penjimatan yang tinggi dalam menrealisasikan program transformasi
15to5 berjalan mengikut jadual. Di samping itu juga, program transformasi 15to5
dapat memberi peluang kepada syarikat – syarikat tempatan berdaya saing untuk
mendapatkan kontrak bagi membina kapal dan senggaraan kapal serta sekali gus
dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan di samping meningkatkan
taraf sosio – ekonomi rakyat Malaysia.

 

 

 

 

            Dengan
penstrukturan semula program transformasi 15to5 ini TLDM dapat merancang,
menyelaraskan dan mengatur gerak keupayaan tempur Armada TLDM seimbang di 2
wilayah yang mana sebelum program transformasi ini dilancarkan baru – baru ini
banyak kita dengar kekurangan aset untuk melaksanakan operasi di

Malaysia timur yang mana operasi dijalankan
yang memerlukan aset – aset TLDM yang canggih di kawasan tempat bertindih di
antara negara yang serantau di keliling kita, Negara serantau kini memandang
rendah keupayaaan tempur TLDM di kawasan operasi bergolak dek aset kita yang
mana semua dah pun berusia. Kini tiba masanya TLDM melakukan program
transformasi ini demi kepentingan kedaulatan negara terjamin di samping
meningkatkan keberkesanan pelaksanaan operasi serta mengukuhkan kerjasama
antara perkhidmatan dalam memperkemaskan perintah dan kawalan (C2) . Dari segi
isu keselamatan negara pula dapat meningkatkan keyakinan rakyat bahawa perairan
negara selamat untuk industri pelancongan maritim dan juga kepada nelayan –
nelayan tempatan untuk mencari rezeki di laut tanpa berasa ragu – ragu tentang
keselamatan di samping memenuhi ekspektasi pihak – pihak berkepentingan (The
stakeholders).

            Antara
objektif yang kita dapat hasil dari program transformasi 15to5 ini adalah dapat
menggantikan aset – aset TLDM yang telah berusia dengan digantikan dengan aset
yang jauh lebih canggih dan berteknologi tinggi dalam peperangan apa jua dimensi
dan di samping bantuan logistik yang kredibel ke arah pengerak kepada usaha
mentransformasi TLDM secra menyeluruh.

            Program
transformasi ini juga dapat meningkatkan tahap kesiagaan Armada TLDM secara
menyeluruh di samping meningkatkan kompetensi warga TLDM dalam mengatur – gerak
aset TLDM. Tanpa pengurusan sumber manusia yang tidak terlatih boleh
mengakibatkan kepincangan dalam pengoperasian aset TLDM yang canggih serta
tidak mahir dalam mengendalikan sistem persenjataan.

            Pelan jangka panjang ini dapat
meningkatkan keupayaan pertahanan dan keselamatan maritim di samping
mengoptimunkan sumber peruntukan yang terhad. Prestasi pengurusan logistik juga
dapat ditingkatkan dengan lebih efisien dan efektif sekiranya program
transformasi ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin kelak. Oleh itu, marilah
sama – sama kita memberi idea yang bernas, sokongan semangat yang tidak berbelah
bagi dan berganding bahu antara satu sama lain dari peringkat atasan mahupun
bawahan dalam memastikan program transformasi 15to5 ini berjalan mengikut
jadual seterusnya selesai sehingga ke penamat dijangka pada tahun 2050 sejajar
dengan program TN50. Sekian.