Pegenalan penduduknya dengan sangat menjamin perpaduan dan keamanan.[2] Sistem

Pegenalan

Negara Brunei Darussalam sangat
terkenal dengan berlandaskan falsafah negara dengan konsep yang agung iaitu
konsep MIB1 yang dijadikan sebagai
pegangang masyarakat.
Konsep ini boleh membuat masyarakat dengan baik serta membekalkan keislaman
yang mulia.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Di
bawah bimbingan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Wadddaulah telah menciptakan kemakmuran rakyat dan
kesejahteraan penduduknya dengan sangat menjamin perpaduan dan keamanan.2

Sistem Pemerintahan
Beraja di Negara Brunei Darussalam

Maksud bagi pemerintah adalah sistem
dalam mengatur pemerintahan yang dimiliki oleh sesebuah negara. Manakala beraja
ialah ketua negara memimpin rakyat dan mempertahankan negara dengan aman.

Konsep sistem beraja di Negara Brunei
Darussalam adalah mengikut sistem monarki.3 Dimana sultan akan menjadi
ketua yang paling berkuasa di dalam hal ehwal negeri. Sultan hendaklah bersifat
adil, jujur dan bijaksana dalam memerintah Negara. Sehingga sekarang, Negara
Brunei Darussalam diperintah dengan berkonsepkan MIB.

Pemerintahan beraja ini merupakan
sejenis kerajaan dimana raja adalah ketua negara. Sistem ini adalah yang paling
tertua di dunia pada awal kurun ke-19. Sistem beraja di Negara Brunei
Darussalam ini telah wujud bermula sejak dari pemerintahan Sultan Muhammad Shah
yang telah tercatat dalam catatan China.

Beraja dalam konteks Brunei

Beraja adalah sistem tradisi
pemerintahan Brunei yang digunakan sejak turun-temurun. Sistem beraja
diperintah oleh raja-raja dan mempunyai corak dan pemerintahannya yang
tersendiri. Sistem pemerintahan Brunei adalah berasaskan monarki mutlak yang
beroperasi sebagai sistem pemerintahan. Sistem politik di brunei di tetapkan
oleh perlembagaan dan berdasarkan konsep MIB. (tambah) MIB mempunyai tiga
komponen iaitu kebudayaan Melayu, beragama Islam dan sistem politik dibawah
pemerintahan beraja.

Raja atau sultan hendaklah memegang
amanah Allah dalam sistem pemerintahannya bagi melaksanakan kuasa tertinggi
memerintah dan memimpin negara. Sultan sebagai ketua negara yang bertindak
sebagai ulil amri akan melaksanakan amanah Allah dengan mengikhtiarkan dasar
dan syiar islam bagi keamanan dan keadilan umat Islam.

Di
dalam adat Beraja, Sultan telah memerintah dan menjadi ketua negara dan
seterusnya menjadi ketua pentadbir bagi pentadbiran dan pengendalian negara dan
kerajaan. Dibawah perlembagaan telah menunjukkan kuasa Sultan yang seperti
berikut:

“…Kuasa memerintah yang tertinggi bagi Negara Brunei
Darussalam adalah terletak di dalam tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan…”4

Kuasa
yang telah diamanahkan untuk baginda dibawah perlembagaan ini adalah disandarkan
bagi kebajikan, ketenteraman serta keamanan rakyat dan penduduk. Manakala, ciri-ciri pentadbiran dan
pengurusan jentera kerajaan telah ditekankan dan diutuskan oleh baginda.

Negara telah ditadbirkan oleh sistem
beraja yang mengikut lunas-lunas islam dan imej Negara Brunei Darussalam
mengingatkan sebagai sebuah negara islam iaitu Negara Zikir. Sistem beraja
ialah sistem yang dapat melaksanakan dasar-dasar yang dapat mendukung ke arah
keamanan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Pendekatan bermuzakarah dan
bermesyuarah telah diamalkan oleh sistem ini untuk penyelesian secara damai
serta sifat berbaik-baik dengan negara lain, serta menjalankan dasar bagi
menghargai hak asasi manusia.

Dalam konteks NBD, sistem beraja telah
membuktikan didalam sejarah bahawa ianya berjaya dalam mempertahankan negara daripada
penceroboh dan ancaman asing.Selain itu, sistem beraja telah menunjukan
kejayaan dan kecermelangan dari beberapa peristiwa sejarah. Dengan adanya kuasa
sultan, NBD telah tidak terlibat dalam pelbagai gagasan.

Pendekatan bermuzakarah dan
bermesyuarah telah diamalkan oleh sistem ini untuk penyelesian secara damai
serta sifat berbaik-baik dengan negara lain, serta menjalankan dasar bagi
menghargai hak asasi manusia.

Hubungan raja dengan
rakyat

Ikatan diantara raja dan rakyat adalah
berdasarkan kepada tanggungjawab begitu juga wawasan pemerintahan tradisi “raja
hendaklah adil dan rakyat janganlah menderhaka” serta saling menunaikan amanah
Allah SWT.5

Kepentingan falsafah ini boleh
ditengok dari segi konteks yang menggalakkan negara ini untuk mengharungi dunia
di era moden dengan penetuan calak yang tersendiri iaitucalak Brunei yang
berlandaskan ajaran ugama Islam dan identity bangsa Brunei.

Peranan Raja

Raja merupakan lambang kedaultan
negara serta berperanan sebagai ketua agama dan panglima besar angkatan tentera
dalam sesebuah negara. Ini dapat diliaht dalam Sistem Kerajaan Beraja yang diamalkan di Brunei, Sultan memegang peranan
sebagai Ketua Negara, Ketua Agama, ketua adat istiadat dan pertahanan
negara.

Raja bagaikan Payung Allah di dunia
dan melaksanakan pemerintahan menurut dasar ‘Raja haruslah jujur dan rakyat
haruslah patuh’. Bidalan yang terdapat dalam budaya Melayu ialah “Raja tidak
boleh zalim kepada rakyat dan rakyat tidak boleh ingkar kepada raja”.6

Selain itu, para nabi dan tokoh-tokoh
islam juga dihubungkan dengan raja. Raja hendaklah menjadi role model yang adil
dan dituntut pada semua bidang serta termasuk agama, masyarakat dan juga
kerajaan. Raja yang telah dilantik hendaklah mempunyai sifat kejujuran,
kebolehan dan kebijaksanaan. Jika raja itu gagal dalam mempertunjukkan kesemua
unsur maka martabat seorang raja akan tercabar.

Dalam tradisi raja-raja Melayu, telah
menerangkan bagi tugas dan tanggungjawab raja yang dipilih hendaklah tua
hatinya, bermuka manis, berlidah fasih dan bertagan murah. Apabila melaksanakan
hukuman, raja hendaklah adil, bersimpati, sikap teguh dan tabah. Manakala,
ketua negara juga menjadi ketua agama, pentadbiran, adat istiadat dan
undang-undang.

Kedudukan raja dalam sistem beraja di
negara ini ada sepuluh iaitu Umpama Payung Allah di Bumi, Ketua Negara, Ketua
Kerjaan, Menteri Kawangan, Menteri Pertahanan, Ketua Agama Islam, Ketua Adat
Istiadat, Pemerintahan Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan
Inspector General, Pasukan Polis Diraja Brunei.

Sejarah dan Sumbangan
Kesultanan Brunei

Sultan
Muhammad Shah

Awang Alak Betatar7 yang digelar sebagai
Sultan Muhammad Shah adalah sultan pertama yang memerintah di Brunei yang mengisytiharkan
merdeka daripada penjajahan kerajaan Majapahit. Baginda ini telah pun diislamkan
oleh Sultan Johor dan diberi gelaran sebagai Sultan Muhmmad Shah. Manakala
baginda adalah orang yang pertama memperkenalkan Islam di Brunei mengikut
syariat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.

Pada masa menetap di Johor, baginda
telah bercerita tentang pegelamannya serta bertitah megenai agama Islam dan kebaikan
agama Allah yang maha suci itu. Maka, titah baginda itu telah membuatkan rakyat
dan penduduk memeluk agama Islam dangan mengikut jejak langkah baginda.

Semenjak itu, agama Islam telah berkembang
dan tersebar di Brunei. Kedudukan pemerintahan Melayu Beraja telah pun
diperkukuhkan dengan pengajaran islam sehingga coraknya beralih kepada Kerajaan
Melayu Islam Beraja.

Sultan
Bolkiah

Sultan Brunei yang ke lima iaitu
Sultan Bolkiah8,
juga ikut serta dalam mempertahankan sistem beraja dinegara ini. Sistem
pemerintahan di Brunei teratur kemas pada zaman pemerintahan Sultan Bolkiah.
Baginda yang amat prihatin terhadap kesejahteraan dan keharmonian negara.
Sehingga pada zaman pemerintahan Sultan Bolkiah, kejayaan dan kemegahan Brunei
telah dianggap sebagai ‘Zaman Keemasan Empayar Brunei’.

Sultan
Sharif Ali

Pada zaman pemerintahan Sultan Sharif
Ali9, agama Islam telah
dikukuhkan lagi mengikut hukum syarak Islam. Syariat agama Islam telah digeraskan
oleh baginda seperti membina masjid yang pertama, menentukan arah qiblat dan
mengadakan pertahanan negara dalam membina Kota Batu.

Di
Brunei telah terkenal sebagai negara yang disegani kerana cora pemerintahanya
yang tersusun dan adil mengikut lunas-lunas pentadbiran Islam. Perkataan
Darussalam telah ditambah oleh baginda dalam Negara Brunei yang memberi maksud
aman sentosa dan sejahtera. Baginda juga telah membentuk panji-panji yang
memiliki tiga sayap yang merupakan kebesaran Islam.

Sultan
Muhammad Hasan

Brunei
telah dikatakan telah berkembang luas kerana baginda telah membentuk dan
memperkuatkan hukum adat istiadat kerajaan dan istana dalam kehidupan
masyarakat dan baginda jua telah mengukuhkan hukum kanun Brunei yang menjadi
asas dan sumber hukum dalam perundangan Brunei.

Sultan
Omar Ali Saifuddien III

Semasa zaman pemerintahan soas III,
termaktubnya perlemabgaan negara brunei 1959 dimana melayu sebagai bahasa
rasmi, Islam sebagai agama rasmi dan beraja sebagai sistem tradisi pemerintahan
Brunei. Pada zaman pemerintahan ini juga banyak membawa transformasi kepada
Negara Brunei Darussalam seperti membangun masjid dan pernubuhan agama Islam.
Negara Brunei Darussalam telah melewati zaman gemilang yang lama dengan tidak
ada sebarang kesulitan yang membimbangkan serta negara ini semakin berkembang
luas dan aman damai.

Kesimpulan

Sistem
‘Beraja’ ialah satu sistem adat Melayu yang sudah lama ada sejak terdirinya
Kerajaan Melayu Brunei.
Sistem pemerintahan beraja telah dapat membawa negara. Sistem ini juga dapat
membawa negara mendapatkan matlamat-matlamat dan juga dapat membawa kibajikan
kepada masyarakat. Kerajaan Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang
berpadukan sistem Monarki.

Asas pembentukan beraja yang merupakan
sosio budia, politik dan agama ini membuktikan sistem nilai, norma dan etika
bangsa Melayu terdakap dalam diri seorang raja. Sebab itu lah ‘beraja’ tidak
boleh dipisahkan dalam kehidupan orang melayu dan melalui konsep inilah
kerajaan-kerajaan Melayu dibentuk. Sistem beraja tetap diwarisi kerana ia
adalah suatu cara hidup yang dapat membawa kebaikan dan kesejahteraan.