Bidang bahawa seseorang doktor haruslah mengetahui punca penyakit termasuklah

       Bidang Perubatan merupakan salah satu sumbangan yang penting dalam tamadun India. Karya perubatan yang penting boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Rig Veda pada 1500 S.M., Ayur Veda pada 700 M. serta Susruta Samahita. Bidang ilmu perubatan pada tamadun India juga sangat penting kerana sumbangannya dalam bidang pembedahan. Bidang pembedahan berkembang sejak 3 M. semasa zaman Gupta. Pada zaman Gupta, mereka sudah memulakan pembedahan mata bagi mengubati penyakit katarak, hidung dan patah tulang (Bhaya Prakasha. 1998.10). Antara buku karya Shusruta berjudul Shushruta-Sanahita adalah karya yang paling awal menyentuh berkaitan tubuh manusia iaitu pada kurun ke-8 M. Sumbangan besar Shusruta adalah dengan memperkenalkan teknik pembedahan Rhinoplasty yang dapat memulihkan bentuk hidung yang cacat (Gambar 1.4). Teknik pembedahan hidung tersebut ada dijelaskan dengan teliti dalam Shushruta- Sanahita. (C. Dougles, 1945:25). Gambar 1.4: Antara lancet yang digunakan pada zaman sekarang untuk pembedahan. Lancet ini ditemui pada tamadun India semasa menjalankan pembedahan bagi mencantikkan hidung pada tamadun tersebut. Salah seorang tokoh perubatan yang terkenal, Charaka menyatakan bahawa seseorang doktor haruslah mengetahui punca penyakit termasuklah alam sekitar. Beliau telah memperkenalkan ilmu Ayurveda dimana ia merupakan sistem perubatan yang dapat dibahagikan kepada lapan cabang iaitu, organ dalaman, kaki, lima organ utama, pembedahan plastik, dadah, penyakit orang tua dan ginekologi. Manakala dalam bidang anatomi pula, tamadun India telah sudah mengenali dan mahir terhadap organ-organ dalaman tubuh manusia termasuk tulang manusia. Disamping itu, mereka juga memperkenalkan senaman yoga yang dapat menguatkan badan dan mengawal keseimbangan dalam badan (Wan Fuad Wan Hassan, 1996:98). Sejak dari Zaman Vedik, Tamadun India telah mengamalkan ilmu perubatan. Namun pada masa itu, ilmu perubatan lebih dikenali sebagai ilmu sihir. Antara bidang perubatan yang dikuasai oleh Tamadun India adalah Fisiologi, Pernafasan, Reproduksi manusia, Pembedahan, Farmakologi dan Perubatan haiwan. Tamadun ini juga mempunyai kehandalan dalam menjalankan pembedahan mata bagi mengubati penyakit katarak mata, pembedahan plastik bagi memperbaiki kecacatan pada tubuh badan seperti hidung, telinga dan bibir dan mengubati tulang yang patah(Bhaya Prakasha. 1998.10). Amalan perubatan India banyak disumbangkan oleh tulisan dari Ayur Veda seperti Charaka Samhita (Gambar 1.5) dan Susruta Samhita (Gambar 1.6). Kedua-dua tulisan ini adalah hasil dari penelitian yang sangat mendalam tentang organ dalaman manusia serta telah mengalami perkembangan yang lengkap serta dianggap setaraf dengan tulisan yang dikarang oleh Hippocrates dan Galen dalam beberapan penulisan mereka