Salah satu kuih
tradisional yang terkenal di pantai timur ialah kuih lompat tikam.  Kuih ini senang didapati di pasar-pasar dan
sangat dekat dengan masyarakat Kelantan.

 

Pembuatan kuih lompat
tikam ini juga kebiasaanya dipelopori oleh golongan yang berusia dan mereka
lebih mahir dalam menghasilkan kuih lompat tikam yang sedap. Ini berkemungkinan
kerana penggemar kuih ini sebahagian besarnya adalah dari golongan itu.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu
lapisan tepung beras yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan
lapisan santan yang
bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama
air nisan iaitu kita panggil juga gula Melaka..

 

Lompat Tikam Kelantan  istimewa kerana ia ada tambahan pulut yang
biasanya berwarna merah sebagai penarik. Ia juga berfungsi untuk menyerikan lagi
rupa kuih ini.

 

Ada juga yang mendakwa bahawa tambahan pulut itu adalah
pengaruh dari Siam yang tidak boleh berpisah daripada makanan berasaskan pulut.
Pulut adalah kegemaran rakyat Siam. Disebabkan kedudukan negeri Kelantan
bersempadan dengan Siam, pengaruh dan cara pemakanan mereka juga tersebar di
Kelantan.

 

Lompat tikam adalah makanan kegemaran kebanyakan
penduduk  di Kelantan dan di makan tidak
mengira masa. Di Kelantan kebiasannya ia dijual dalam bungkusan plastik dan
sangat murah. Harganya sekitar rm1.00 hingga rm2.00 sahaja.  Sebungkus lompat tikam mampu mengenyangkan.

 

 

Resipi kuih lompat tikam ialah seperti di bawah:

 

Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur 

 

Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam 

Pulut Merah
1 cawan pulut – rendam terlebih dahulu
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah 

Air gula melaka:
1 keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan

 

Dibawah ini gambar kuih lompat tikam.